Pages

Tuesday, November 21, 2006

dia yang pergi

malam semalam, sebaik saje aku dan mak on kan tv utk menonton berita, telefon berbunyi. aku bingkas bangun, suara nek nyah sayup mohon aku panggilkan mak. mak segera hampiri meja telefon. seketika mak tunduk, menyebut kalimah 'innalillah wainnalillah hi rajiuunn..'. aku dah mula kalut.. kenapa ya? siapa yang pergi? ee.. ngeri. mengadap sebuah pemergian merupakan satu pengalaman yang tak sanggup aku lalui. cukupla tiga kehilangan yang tak dapat aku lupa sampai bila2 pun. cukupla tahun penamat itu. tak sanggup utk aku lalui lagi.

mak bersuara semula, dari tutur bicaranya. aku pasti insan yang pergi itu bukan dari kalangan ahli keluargaku. kenapa seberat ini jiwa aku sayu? seolah insan itu terlalu dekat pertaliannya dengan aku. dan pagi tadi, aku dan mak menziarahi nek busu buat kali terakhir. sbnrnya ini la kali pertama dan pastinya yang terakhir kami bertemu. selama ini, aku cuma tahu akan rumah kecil yang terletak di sebelah riviera itu, tak pernah pula aku kenal atau tahu akan penghuninya. sayu, tiada lagi tawa yang menyahut hari terahir syawal ini. cuma tangisan dan kesedihan. dan hadirnya aku di situ bukan sbg patung yang memenuhi ruang. aku cuba cari sebuah pengertian dan iktibar di sebalik pemergian. wajah tua itu lesu.. tak mampu berbicara. di minda, segala yang pernah aku baca di buku atau melalui emel satu persatu melintas, dalam diam membawa aku berada di dalam diri tubuh kaku itu.

sedih, takut.. itu yang aku rasa. nampak saja diam, dia sebenarnya sedang menangis. tiada lagi persediaan terakhir yang boleh dibuat sebelum pergi menghadapNya. kini, bukan harta.. baju cantik dan ilmu serta keluarga yang akan dipersoalkan. tapi bagaimana tanggungjawab dilaksanakan, sejauh mana penghayatan dan secekal mana iman yang membenteng? huh.. jika aku di situ, menjadi kaku begitu. mampukah aku menjawab semua persoalan itu? aku pandang tapak tangan... berapa banyak kebaikan yang telah aku lakukan? cukupkah doa yang kupanjatkan selama ini? mampukah wudhukku melindungiku nanti? erk.. aku menangis dalam sepi.. jiwa aku merintih... aku mahu solat dan solat.. berusaha meninggalkan yang batil.. dan hingga kini jiwa ini terus menjerit mahukan kebenaran. terasa sikit benar ibadah yang aku laksanakan selama ini. tak cukup dengan solat.. amal jariah.. taat ku pada ibubapa.. pada manusia.. pada rakan semua..

ampunkan aku sekiranya aku hanya tahu menyakiti.. doakan agar kita semua tak lagi lalai seperti dulu. aku mohon kekuatan agar ibadah yang terlaksana 'perfect' dan seiring dengan bunga2 sunat yang terdaya. lemah.. sekarang aku rasa teramat2 lemah.. terasa macam esok turn aku utk menghadapNya

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya