Selamat Berpuasa sekali lagi buat semua, hari ni dah genap 22 hari. Semalam 21 Ramdhan - kalau masa aku kecik2 dulu, mak selalu jahitkan baju tidur baru utk aku sempena menyambut malam tujuh liko ni. Tapi sejak dah besar2 ni, selalunya malam tujuh liko berlalu macam malam2 sebelumnya. Macam pagi tadi, baru aku tersedar semalam.. malam tujuh liko. Ishkk.. aku nak main bunga api!!!
(keep your mouth shut shima.. too big to play with those stuff.. tapi kan.. dlm beg aku kan.. ada 3 bungkus bunga apiii tauuu.. insya Allah.. Rabu depan aku lepas gian.. huhu)
Tadi ada kelas kat UIA PJ. Hari ni byk btol dugaan nak g kelas, akibatnya.. aku masuk kelas lewat 15 minit. Dugaan.. En Ridha dlm tutorialnya.. ade la se'das dua memerli aku.. huhu.. ampun sir.. tak sengaja. Bukan saya yang drive bas tu..
Hari ni dia menyentuh Unit 2. Aku yang berangan nak jadi xpertise dlm multimedia field, cuba2 kan juga nk memahami konteks komunikasi dlm multimedia. Subjek ni pun mmg byk membincangkan soal komunikasi.. nama subjek pun mmg 'Pengantar Komunikasi'. Maka tak ada lain melainkan komunikasi. Heh
Best lecture En Ridha, tak ngantuk sikit pun. tergelak2 mendengar cerita dia yang mmg fully educated. Tiba bab 6, dia menyentuh berkenaan aspek utama penyumbang kpd komunikasi lisan dan bukan lisan iaitu sintaks, semantik dan pragmantik. jeng.. jeng.. jeng..
Tiga perkataan ni, aku pernah dengar. Tapi tak la faham 100% faham. Selama ni kalau terdengar pun.. aku just assume je apa maknanya. Berikut ialah makna sebenar perkataan2 ni :
Sintaks-Penyusunan perkataan2 semantik atau penyusunan ayat yang betul
Semantik-Pemilihan ayat atau bahasa yang betul
Pragmantik-Menunjukkan bagaimana bahasa digunakan untuk berinteraksi
Erm...terasa lak.. selama ni kalau menulis... aku langgar je. Sintaks ke semantik ke.. aku tak amik kira. Ntah org faham atau tidak.. tak pernah aku hirau. Mungkin mulai hari ni aku patut mula memperbaiki sintaks dan semantik juga pragmantik aku dalam penulisan di sini. Aku perlu cuba.. kerana menurut En Ridha lagi, seorang individu yang berkualiti ialah seorang individu yang mampu berkomuniksi dengan baik, yang mana penerima mesejnya faham dengan jelas tentang apa yang cuba disampaikan.. adakah anda semua faham? ada komen?
(keep your mouth shut shima.. too big to play with those stuff.. tapi kan.. dlm beg aku kan.. ada 3 bungkus bunga apiii tauuu.. insya Allah.. Rabu depan aku lepas gian.. huhu)
No comments:
Post a Comment