sejak tghari semalam, aku dah rasa badan ni semacam je. memula buat bodo je, tp ptg tu... dlm kul 5 keadaan bertambah teruk. bersin tak berhenti2. batuk pulak bunyik macam suara anjing (kung..kung... kung..) klakar la bunyik batuk aku ni, tp hakikatnya.. bila tekak rasa gatal, batuk lak mcm terpaksa je.. sakit betul dada ni.
keadaan tambah tenat (tenat???) bila bangun pagi tadi, aku dah start semput. erkk.. lelah, lemah btol bila penyakit ni menyerang kembali. seksa nak bernafas. nak berjalan pun tak larat. rasa mcm badan ni gemuk teramat2. kat opis tadi, aku dok kat meja je. badan lemah sgt, mungkin kerana bekalan oksigen yang otak aku terima tak secukup selalu. Alhamdulillah keje tak banyak sgt, kebanyakan masa yang ada aku habiskan dgn tido. terpaksa, sbb dengan tido je dapat mengurangkan kesakitan yang aku alami. bukan cured, tp terlupa jap.
ptg tadi, lepas berbuka.. semput aku makin teruk. mula la aku mencari2 inhaler yang ntah mana aku letak. sampai skrg tak jumpa. aku buat super-black-coffee utk kurangkan athma ni. at least, caffein yang aku telan tu sket2 dpt membantu. nasi yang aku beli utk berbuka sikit je aku jamah. kuih2 feveret yang aku beli kat pasar Ramadhan pun dah aku sumbat dlm tong sampah. takde selera...
dan sekarang, keadaan tak banyak berubah. esok kalau still cam ni, terpaksala aku kibar bendera putih. surrender, tak larat nak sakit kat tpt keje. esok pepagi, g klinik. yang pasti aku nak inhaler. tak puas rasanya bernafas macam ni...
**Alhamdulillah.. aku terima keadaan aku skrg dgn penuh kesyukuran
**Imal - tadi dia call, byk tanyala dia hari ni. dah la aku tak larat. "G klinik!" kata dia tegas.. huhu.. awak nak anta ke?, kataku dalam hati ~degil!>>haha, itula aku... gehgehgeh(gelak baru)
2 comments:
apsal ramai plak blogger yg tak sehat nih? termasukla aku..hehe..tgh batuk + selsema gak neh..ujian, ujian..:)
yela.. uhukk.. mungkin sbb kita tak byk minum air putih.. moral of the story.. minum air bebanyak
Post a Comment