Pages

Monday, August 07, 2006

tentang hari ini

deruan kipas angin macam hempasan angin pantai yang ganas... "nombor berapa ni" bisik aku sendiri.. "3 rupanya" dan pantas jariku mengubah penalaan. aku masih lagi di bilik kecil ini, seorang mengenang hari semalam yang indah. semalam aku di kampung, damai memandang wajah mak, menikmati warna-warna hijau dedaun.. memetik nakal bunga ros yang baru hendak berkembang.. lepas sudah rindu yang terhimpun sebulan lalu. minda ku rasa tenang dan lapang tika di kampung. dan kenangan itu aku bawa bersama, agar menjadi kekuatan untuk aku meneruskan hidup bersendirian di sini.
cuma perut aku diserang diarrhea lagi, aduh.. nasib penyakit ni menyerang sesudah aku menikmati laksa johor yang mak buat petang sabtu yang lalu. sedapnya, dua mangkuk aku makan. malam tu dahtak boleh nak jamah nasi, perut aku senak dan pukul tiga pagi (ahad) aku terbangun kerana rasa sengal di sendi. aku jengah along di biliknya. lampu masih menyala dan nyata along belum tidur. aku terus ke dapur, minum air. namun rasa sengal makin menjadi2. aku dayakan untuk tidur semula. berhmpas pulas jugala.. sejak menjangkau usia yang kurang aku gemari ni, macam2 penyakit pelik yang menyerang. aku sangka sengal2 tulang akan berakhir bila aku bangun dari tidur. nyata sangkaan aku meleset... aku terus berbungkus dalam selimut macam orang demam. tak larat nya.
petang aku mminta mak bawa ke klinik. doktor bagi aku dua jenis ubat, ubat urat dan ubat lembutkan urat.. ihihh.. ngeri la dengar nama ubat tu. lepas makan ubat, aku tidur.. dan hingga hari ni, Alhamdulillah sakit 'urat' tu dah semakin kurang. ishk.. macam org tuala aku ni.

imal pulak jatuh basikal, entah macam mana boleh jatuh... dia kata tiba2 je dah tersembam kat tanah. habis muka, tangan dan kaki dia. aku menggeleng. sempat gak gelakkan dia.
"gelakkan orang ye" imal turut sama ketawa. angin baikla tu. dan kejap lagi aku nak cal dia,tanya khabar org sakit. aku dan imal ade pertalian yang erat, dia jatuh aku pun turut sakit. biar sempadan yang memisahkan namun hati dan jiwa kami dekat. amboi, masa baik.. bukan main lagi... kalo gaduh.. gunung pon bole meletup.. hahaha... ketawakan diri sendiri!!!!

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya