Pages

Thursday, August 31, 2006

Petunjuk Allah

Jumaat. Pagi tu awal2 lagi aku dah keluar rumah. Kul 6.30 aku dah terpacak kat bus stop. Tiba kat opis Cek Khan sergah aku dgn soklan yang kurenggg.. "awak kan keje normal" sinis. Berdesing tinge aku. Pergh.. perut time tu memulas2 lak. Aku senyap je. On je pc aku terus g toilet. Dlm hati mmg dah menyumpah seranah. Huh.. sabar.. sabar.. dugaan.. ~silap paham, mmg spatutnya aku masuk pagi tapi ntah ape yang buat die pk mcm tu.. Allah je Yg Maha Tahu. Jam baru menginjak ke 7.30. Dan aku perlu tunggu lagi satu jam utk mula bertugas. Baiknya aku sampai sejam awal (ahahah.. gelak sakit ati ni).

Lepas memenuhi hajat, aku ke pantry. Nak makan… perut rasa tak sedap je. So, aku decide nak lepak tgk Astro. On tv, ade la cite zaman 70an.. "Don't talk to stranger" camtu la tajuk die. Aku layan je.Best gak.

Hampir 8.30,.. aku masih depan tv. Rasa malas lak nak buat keje ari tu. Mood pepagi lagi dah spoil. Tapi aku bangun gak, kang ape org kata. Probation period tak abis lagi, dah mula nak tunjuk keras kepala. Eee.. aku pun bangun. Mengeliat serba sikit dan kuar dsari pantry. Memujuk hati yang masih bersisa rasa sakit hati. Aku log in dan dok diam. Angin marah yang membuak2 pagi tadi makin reda. Minda pun dah tenang. Mata ku setia meniti setiap baris emel yang diterima. Mula mngira2 jawapan yang harus aku balas.

Kul 10, miza sampai. Muke pucat. Katanya pinggang sakit tak terhingga. Aku suh g spital, degil takmo g. Aku direct jumpe Kak Ina. Kot2 die boleh paksa minah sorg ni g check. Last2, Miza akur gak. Haahha.. aku gelak. Mmg kesian, tp bile tgk muke grunge die tu.. rasa cam tak sesuai je nak sakit. Ahahah.. aku gelak lagik "Setan ko Shimah" Miza baling pen kat aku.. hehe.. Sowie, aku takleh tahan nak gelak!
Tghari, system yang 'mahal' down lagik. Skali lagik aku gelak besar.Kali ni Kak Noni ngan Kak Zana join skalik. Keje aku tertangguh lagi la nampaknya. Terasa boring lak tetiba. Ateh cal, diorg ttp nak bawak aku skalik g tganu. Huhu.. aku meloncat gumbira. Bestnye dpt ikut mak.. Kul 2 ptg mak ngan ateh dah sampai kat kl. Diorg lepak umah Pak Besau. Terpaksalah tunggu memandangkan aku blk kul 5.45. Bosan beb.. kalo approved keje pg aku tadik.. takdela jadi camni. Huh..!!

Otak dah berkira2 nak MC. Dapat aku balik awal dan bole la kami bertolak awal. Aha.. idea jahat datang oiii.. Aku senyum sendiri. Segera aku menghampiri Kak Rose. Aku bg tau niat jahat yang tersemat. Dia lak langsung tak membantah. Pantas aku capai wallet dan ke tkt 1. “Doktor kuar makanla” kata minachi yang jaga kaunter. Oraitla, aku tunggu. Masa nak duduk, aku sempat senyum kat seorang kakak bertudung labuh (mungkin pangkat makcik kot.. tapi dah die bahasakan diri ‘akak’.. aku pun bantai angguk je).

Orangnya ceria je, katanya datang nak amik ubat yang mmg die subscribe tetiap bulan. “Ooo”kata ku cuba menjelaskan yang aku paham bila die bercerita ttg sakit dan ubat2 yang die ambil. Aku senyum kambing melayan ceritanya, mula2 aku mcm malas nak layan. Tak kuasa, kang beria2 tak nampak lak aku sakit. Suh menten muke ayu. Nampak lemah sket, so senang nak menipu dlm bilik doctor nnt.

“Akak ni keje Petronas, kerani je. Sejak keje, dah pegang duit sendiri.. Alhamdulillah rezeki murah. Kak Sue tak sampai hati tgk org takde duit. Kalau kawan2 muka sugul, akak mesti tanya kot ada apa2 masalah. Siap offer lagi kalau nak pakai duit, akak bole bantu” Kak Sue gelak. Aku senyum meleret. Cerita yang terpancul dari bibir merahnya makin menarik hati.

“Bukan apa, akak ni dr keluarga susah. Nak makan daging hari2 mcm skrg.. mimpilah. Setahun sekali pun belum tentu. Sebab kemiskinan dan kesusahan masa membesar dulu yang buat akak jadi mudah kesian kat org. Especially yang ada masalah duit. Ishk.. akak tak boleh tgk” petah dia menutur kata. Minda ku mula menerawang jauh. Membayangkan hidup Kak Sue satu ketika dulu. Erm.. Alhamdulillah.. biarpun mak abah bukan org senang, tapi rezeki dan kemudahan yang disediakan utk kami adik beradik tak pernah kurang.

“Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki akak. Itulah hikmah bila kita tlg org dgn ikhlas. Lagi satu, kita bila bekerja mesti ikhlas. Jgn tipu2 atau curik tulang, bila rezeki yang kita carik pun tak halal, mana nak senang. Bila dah namanya haram, Allah tak suka.. takde rahmat. Hidup macam sampah. Tak ada makna”
“Selagi ada kederat, akak keje. Dtg ni pun sbb ubat dah habis, kang pengsan kat opis.. nak harap sapa. Takkan nak nyusahkan org. Kepala ni pening, tapi malas nak MC. Akak nak keje selagi daya. MC bila betol2 takleh gerak…selagi ada tenaga, akak keje. Biar rezeki yang kita dapat tu halal dan diredhai” kata Kak Sue lagi. Adeii.. kene sebijik muke aku. Ni terang2 nak menipu.. aku dah mula berat hati nak meneruskan niat asal.

“Shima jaga diri, kang dapat ubat.. makan. Ikut kata doctor, ni mude lagi ni. Jaga kesihatan.. jaga makan. Kalau jumpa akak kat KLCC, tegur” dan salam dihulur. Kak Sue berlalu. Pandanganku terus terbawa hingga hilang kelibat Kak Sue. Biar tiada lagi jasad Kak Sue di depan mata, namun senyum manisnya masih terpahat di sanubari. Wajahnya jernih, bercerita dan menasihatkan aku dengan penuh ikhlas. Pertemuan yang tak sampai 10 minit itu betul2 memberi kesan pada aku. Dan..

“Cancel la miss” kataku tika tiba di depan kaunter.

“Kenapa?” minachi tu heran sambil kerut kening.

“Lambatla.. nnt la.. kalo ada sakit lagi saya dtg” dan aku terus berlalu. Perjuangan hidup ini mesti diteruskan dengan ikhlas. Biar setiap rezeki yang masuk ke poketku adalah rezeki yang halal. Aku melangkah keluar dengan jiwa yang telah ‘ter’ motivasi. Takleh ponteng!..itu tekadku.Alhamdulillah.. bersyukur aku ke hadrat Illahi.. kerana dalam kegilaan aku, Allah hadirkan seorang insan bernama Kak Sue, untuk menyedarkan aku.

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya