Pagi tadi jadi 'gempak' bila opis tetiba je blackout. Aku yang baru je menjejakkan kaki ke muka pintu Angkasaraya pada mulanya tertanya2 gak.
"Bangunan tua ni buat hal lagi ke?" bila aku sedar ada sesuatu yang tak kena. Guard dan makcik2 yang dok lepak tepi pintu bercerita penuh asyik sambil diselang selikan dengan keluhan. Langkah kaki jadi makin lemah bila melihatkan sekumpulan manusia di depan pintu lif. Hanya lif hujung yang menyala, lima pintu yang lain sunyi.. kaku... gelap tanpa lampu. Seolah jadi pintu perhiasan yang tak ingin digunakan lagi. Nak tak nak, terpaksa juga menunggu. Hampir 15 minit aku terpaksa berdiri di depan lif bersama manusia yang turut punya urusan di bangunan itu. Semua buat muka, semua tak puas hati. Sama la dengan aku. Tambahan lagi perut yang tadi tenang, tiba2 bergelodak. Emergency call la pulak!!.. ciss...
Dalam pukul 11 pagi elektrik pulih. Lama jugalah kami melepak pagi tadi. Macam2 cerita hangat yang dibualkan. Oleh kerana server masih down dan akan mengambil masa lebih kurang setengah jam utk di'up' kan.. kami berpeluang lagi untuk menyambung cerita. Aku tetap menjadi pendengar dan sesekali menyampuk dengan 'lawak antarabangsa' ku. Dan setiap kali itu, ketawa pecah.
Bila server dah up, suasana kembali sunyi. Masing2 sibuk dengan tugasan. Email tak ada satu pun yang menghuni peti pertanyaan. Sekali lagi aku tersandar, kalau email down itu bermakna kerja aku masih tertunda. Huhu.. sib baik personal email tak terganggu. Masa yang masih lagi terluang aku habiskan dengan membaca abandoned email yang dah hampir sebulan dalam mailbox. Cian email aku yang terbiar tak terjaga ni.. banyak yang bounce sbb inbox dah penuh.
Satu email dari 'mak memerang' mencuri perhatianku. Email tu berbunyi begini :
OK.. bende ni tak tau lagi keberkesanandia.. tapi so far member aku punye member dah dapat cash cheque from this thingler.. buat masa nih diorang tgh buat promotion utk first 100k members whereas startup value of account ialah USD$800. byk jugak tuh!!
tak salah pun cuba.. benda nih free.. bukan ade kuarmodal pun..(nothing to lose what!!!)masa register tuh
1) firstly, klik sign up then diorang mintak emailjek.. masukkan je la email korang
2) pastu check email korang, ikut arahan dan isimaklumat n diorang akan fwd ke page diorang...
3) make sure isi details yg betul especially namapenuh, email n address umah..
4) payment method, pilih check..
5) settle.. check dlm earning starts .. walla!!! dahade $800!!!
6) nak tahu personal link, kau log-in melalui memberlog-in dlm laman web numenmail.com lepas tu klik'referral link'. Kau copy link tu untuk hantar mailpada org lain plak.
amacam? cantik menarik tertarik tak?
Bunyi nya mmg menarik. Oleh kerana tak melibatkan perlaburan sesen duit pun, aku pun decided utk join the program. Kalau kawan2 yang nak try boleh lah klik kat link aku kat bawah ni. Try je la.. sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Kalau tipu..aku minta maaf. Kalau betul.. Alhamdulillah.. Sapa nak try.. klik ye
Dan seperti biasa, bila ada je program2 mcm ni aku mesti inform kat imal. Dan manusia sorang ni mmg very supportive kalau hal2 main2 macam ni. Thanx buchuk..
1 comment:
tu la.. tp stiap org ade kelebihan dan kekurangan. mgkin tu la kelebihan imal.. Alhamdulillah. kekurangan die.. malas nak cite.. kene la terima seadanya.. (yeke? hehe)
Post a Comment