dah dua hari aku dan imal bebaik semula. kenapa? kerna aku dan dia dah saling memaafkan. walaupun kemaafan yang terungkap tanpa kata, mungkin antara kami sudah faham akan kehendak masing-masing. mungkin.. mungkin dan mungkin...
kami cuba untuk hidup tanpa saling mengingati utk 'satu hari'. sebaik waktu menjangkau 10 minit selepas cukup 24 jam perang bisu kami, aku terima sms dari imal. sungguhpun bukan meminta maaf atau cuba memujuk aku, aku tau dari ayat yang tertitip dia rindukan aku. tiada desahan kecewa langsung dlm ungkapan imal. ego sungguh dia. cuma dia tak tahu nak sembunyikan perasaan nya. getar suaranya dah cukup buat aku tersenyum. walaupun awak mampu pertahankan ego, tapi sebenarnya awak kalah ngan saya. akekeke.. sib baik die tak tau akan kewujudan blog ni.... kalo tak... never and ever aku nak taip cenggini.. huahuahua
No comments:
Post a Comment