sejak pagi tadi aku saling berbaslas sms ngan imal. dan baru jap tadi dia antar sms "abah marah, imal nak g mandi dulu.. jap g sambung" ahakss.. sampai kene marah. ape taknye, bangun pagi je dah menghadap hp. skrg dah dekat kul 12 masih blom mandi. bukan dia layan org lain pon, layan aku gak.
bile bcakap psl sms ni, teringat aku masa mula2 aku kenal ngan imal. sejak berkawan biasa aku suka ber'sms' ngan dia. bukan apa, imal pandai meng'ayat'. aku suka baca sms yang dia hantar 2-3 kali. utk pengetahuan korang, oleh kerana aku dah terlalu suka baca sms dia, aku decided utk bukukan semua sms yang dia penah hantar kat aku. masa kawan2 tu, aku takdelah simpan niat nak jadi fgf die satu ari nnt. saje aku nak simpan, sbb kata2 die mampu buat aku tersenyum. buku tu masih ada sampai hari ni.
imal bukan lah buat ayat supaya aku cair kat die ke ape, tapi kengkadang sms simple pon aku rasa menarik. mungkin masa tu aku bru lepas frust bercinta, dok lak sorang2 dan aku teramat sunyi. saban waktu menangis mengenang si piala buruk tu. keadaan sekeliling aku amat mendesak. itu juga mungkin salah satu faktor menjadikan sms imal tu menarik pada perspektif aku. mungkin jugala kot.. sampai aku jd fanatik kat sms yang dia taip. buku tu adelah setebal buku resepi mak aku. tak byk sgt sbb kadang2 aku tak sempat nak salin. ade gak yg aku ter'delete'.
bila aku gaduh atau rasa sakit ati ngan imal, aku buka buku tu. baca sume kata2 die. saat2 manis tu terimbau kembali dlm kotak fikiran aku. dan tu gak salah satu faktor yang buat aku sejuk hati kembali. paling aku suka, time masa die nak approach aku. bila kira2 balik.. dia amik masa 3 bulan hanya utk luahkan perasaan kat aku. lama kan? cuma masa tu mungkin sbb aku takde perasaan kat die, jadi aku rasa tempoh tu mcm sekejap je. rasa macam sekelip mata aku dah couple ngan die.
setiap kali aku baca page time die mengaku ttg diri die dan brape lama die simpan perasaan kat aku, air mata aku mesti tumpah. sayu dah terharu. masa tu mesti aku nyesal sbb penah marah die. imal tu lelaki unik, cuma kadang2 aku rasa jemu sbb jurang yang die bina antara kami. kadang2 aku terpikir, gilakah aku? sampai nak die belakangkan agama hanya untuk menunjukkan keikhlasan pada aku? (aku penah marah sbb die takmo dok sebelah aku dan aku penah tanya kenapa tak penah nak pegang tangan aku.. ishkk.. jahilnya aku!!!) tidak. minta dijauhkan. harap aku jadi penggalak dan semangat utk imal teruskan semangat perjuangan sebagai muslim sejati. mungkin aku ni terlalu mengikut nafsu dan kata hati.. teruknya aku ni.
buku 'sms' imal tu jadi saksi hati dan keikhlasan imal kat aku. bile aku rasa rindu.. atau kengkadang rasa macam die dah lupakan aku, aku akan baca buku tu balik. kuatkan balik simpulan yang amcam nak terlerai. cuma aku harap hati imal tetap ngan aku sampai bila2. dan hati aku gak.. hehe
pada Allah saja aku bertawakal kerna Dia Yang Maha Tahu akan segalanya...
No comments:
Post a Comment