aku baru je sampai kat rumah. tapak kaki aku sakit sangat, ni sumer gara2 berjalan dari putra sampai umah. konon nak ambil angin sambil kuarkan peluh, last2 kaki aku yang melecet. aku naik putra arini. oleh kerana Jalan Ampang sesak dan org yang menunggu bas pun semakin ramai, tu yang aku buat keputusan untuk naik train je. naik bas mmg jimat tapi kalau dah terpaksa menunggu berjam-jam, aku rasa kuar modal sikit pon takpelah. janji aku dapat sampai rumah dengan tenang dan cepat. hari Jumaat mmg dah jadi rutin, Jln Ampang pasti sesak. entah mana datang kereta banyak2 lalu kat sini tiba2. hairan bin ajaib. hari lain tak pulak se sesak ari jumaat.
kat putra tadi, train yang menghala ke pj punyala ramai yang menunggu. Q sampai nak cecah pintu sebelah train yang menghala ka arah gombak. Alhamdulillah arah ke gombak ni tak ramai sangat, so first train yang sampai aku dah dapat naik. dlm 10 minit aku dah sampai jelatek. release kepala aku bila dah sampai area keramat ni. even kene berjalan untuk balik umah, aku rasa dah ok. at least aku boleh estimate kul brape aku bole sampai umah. beginilah hidup di kl. bandar besar banyak cabaran, sesak sana sini. bukan sesak kat jln je.. dlm bas.. dlm train pon sesak. dugaan, mungkin sbb ni la statistik org sakit darah tinggi meningkat. hehe
semalam aku mmg ade selisih faham ngan imal, (seperti yang aku mention dlm entry semalam). kenapa? biasala.. dia kalau nak bercakap ikut suka hati je. salah dia ke? atau aku yang terlalu sensitif? entahla.. gaduh kami selalunya dgn sms. tu yang aku rasa macam tak puas hati je. terbatas kata2 yang nak aku luahkan. dan dia pulak, bila aku cal.. dia takmo angkat. lepas dah lima nam kali aku call, then barula nak angkat. itupun dia akan gelak2. sakitnya hati.
minggu lepas aku ckp bebaik ngan die, kalau nak terus seksa aku mcm ni.. baik break je. die tarik nafas panjang. die takmo kerana masalah dia hub kami berkecai. die tak pernah ckp sayang kat aku tapi cuma die kata tak mahu aku jauh dari hati dia. dia mahu habiskan sepanjang hidup dgn ada aku dlm hati dia. ceh.. ayat power.. aku pun cair jap tapi bila ingat2 balik hati jadi panas. ishkk.. aku ke yang salah? atau imal ke? atau tak ada siapa yang salah? ntahla...
esok plannak g joging kat tmn tasik ttwangsa.. badan aku rasa lemah sangat sbb lama dah tak kuar peluh.. sok ye.. azam ni.. insya Allah
No comments:
Post a Comment