Pages

Saturday, July 29, 2006

mengong

skrg ni musim mengong gaknye.. minggu depan peksa, bukan byk paper pon, satu je.. tu pon aku dah ter'mengong'. sume yang org lain buat, tak betol aje pada mata aku dan aku rasa nak ngamok je. tido malam pon tak se lena dulu. ade je mimpi yang bertandang. mimpi yang ntah ape2. tapi begitu memberi kesan. sampai sepanjang hari aku takleh lupa mimpi tu. seolah2 perkara yang terjadi tu mmg part of my real life. kenapa ya? dan semalam aku mimpi jumpa 'nagacute'. huhu.. nape ye mira? mira ade seru nama shima ke?
pms kot, takpon aku emosional sgt, sbb dah lama tak hirup udara melaka. suara alam yang mendamaikan. lagu indah bisikan bayu desa.. mungkin la.. aku sbnrnya dihimpit rasa rindu teramat. suasana kota semacam dah tepu buat aku. habuk metropolitan dan terlalu banyak dalam kotak fikiran aku. cepatla exam selesai, aku mahu lari dari sini. aku mahu mencari tenang di lubuk sunyi, mengumpul kembali semangat yang kian hilang.
semalam, dalam sibuk jemari menaip msg di hp, sempat jugak kepala ni menghitung waktu yang sudah ku habiskan kat bilik sewa ni. skrg dah penghujung julai 2006, aku mula kerja kat Bank Rakyat 1 April 2005 dan masa tu aku dah mula tinggal kat sini. Kalau tak silap aku, Januari 2005 aku start dok bilik ni. maknanya, lebih kurang setahun 6 bulan aku menghuni kat sini. erm.. lama gak.. bila nak pindah aek? hehe
kalau ikut hati, dah lama aku keluar dr rumah ni. bukan ada perselisihan atau apa2 dgn housemate, cuma suasana bilik aku ni mcm nak membunuh aku. sbnrnya aku menyewa kat rumah teres setingkat. sewa rm700 (ni rate lama, recently aku survey sewa utk rumah jenis yang sama dgn umah aku dok ni adela sebulan dlm RM1000++), mungkin sbb akak yg dok umah ni sewa dah lama, so tuan umah tak berkira sgt. takdela nak naik kan sewa ke ape. umah ni besar tapi buruk sbb dah lama tak cat gaknye. wiring pon byk dah short, bulan 10 thn lepas monitor aku meletup sbb plug terbakar. short circuit. sedey sgt masa tu. nak beli monitor baru, aku takde keta. ade la dlm 2 bulan aku hidup tanpa komputer. hampir mati kutu rasanya. uiks, melalut lak aku.
aku dok bilik belakang skali, kiranya mcm bilik maid sbnrnya. ni bilik paling kecik (tapi muatla utk aku ngan stuff2 aku yang tak seberapa ni). bilik ni btol2 tepi longkang blakang. longkang ni besar gak la.. isi kandungan nya.. uwekk.. ni yang buat aku nak pindah sbnrnya, dah lama tak service. bau die.. mmg boleh naik hijau muke kalo terbau.. tingkap bilik ni memenuhi dinding.. tingkap nako je.. takde owning, kalo time cuti mmg terbakar la dok dlm bilik ni. panas siot, kalo ujan lak, air masuk bilik melalui retakan2 kat dinding. colour box aku dah naik kembang sbb asyik kene air. tak tahan.. dulu aku pasang carpet, tp skrg aku dah tak larat nak memberus carpet setiap kali basah sbb terkena air hujan.
problem ni dah bg tahu kat tuan rumah semenjak tahun lepas,bukan sekali tapi berkali2, but no action taken. aku pon cam dah malas nak cal tuan umah. buat abiskan bil tepon je. kalo cal, die punya soklan punyala berlambak, tapi nak dtg atau antar org utk repair.. kim salam jelah. dlm mimpi pon blom tentu.
aduh.. fed up! bila jd camni, mula la aku mengeluh nak umah sendiri. bulan september ni abis probation period aku.. pastu raya.. pastu blehla aku start survey umah. i think it is right time to go for 1st step... kumpul harta. duit ade sesikit, tak cukup aku korek kwsp aku. moga Allah permudahkan perjalanan.. jalan dah nampak.. cuma langkah perlaksanaan aku tak try lagi. bimbang gak, tp mcm mak ckp, tawakal.. berusaha dan bersabar.. thanx mak. moga mak ade bersama aku sampai bila2.. imal? entah.. aku pon tak tau kat mana die.. dan bila teringat nama itu, otak aku kembali sesak. beribu2 lagi soalan menerjah otak ku. aduii.. ribut.. ribut la imal.. pegi la jauh2 nama itu.. biarkan aku tenang sendiri..

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya