Aku kembali lagi.. huhu, maaf kerana dah lama tak update blog. macam2 yang terjadi dalam seminggu ni. Huh, letih. bila fikir2 balik, tak sangka aku dpt lalui sumer dugaan yg mendatang dengan waktu sesingkat ini. Allah Maha Besar.
Hari Sabtu yang lepas aku ke Kuantan, menghadiri majlis bersejarah Kak Zue dan keluarga. Selamat dah Kak Zue menjadi isteri org. Tembam betol Kak Zue skrg. Selepas g umah Kak Zue, kami terus pulang ke hotel... lepak2 and mandi2.. bersihkan badan setelah sehari mengharung perjalanan yang jauh (mungkin bagi org lain dekat tapi aku tetap kata jauh... mungkin sbb paling jauh pon yg aku pegi selama ni ialah melaka.. so kuantan tu dah kira jauh la bg aku.. haha)
aku sebilik ngan kak nana. best lepak dalam bilik ber 'aircond'. mlm tu kami ke 'Coffee street'. Makanan dia ok la, boleh tahan. Harga pon affordable la utk aku dan rakan2. Masa makan, mai sibuk cite kak hubby die tg Kak Zue. Bkn cite apa la, just ckp psl "Big Club' kitorg masa kat hostel dulu. hehehe... club tu 'tertubuh' secara tak rasminya di asrama MARA bangsar... bilik 4b1... dimana sumer ahli2 nya mmg comel2 (atau dgn kata lainnya.. 'debab'). Kak Zue antara yg terkurus masa mula2 masuk hostel dulu. lepas dua tahun.. fuhhh.. die tetiba membesar-bagai-johan. heheheh.... dari berat 42kg (tak silap aku la)... lepas dua tahun berat die hampir mencecah 60kg. wakaka... aku dan mai antara yang dipersalahkan. ermm.. camner tu, tak adil btol!
sal (hajah rudged) pun mengikut jejak langkah kak zue pastu. dgr cite skrg cincin dua bentuk yg selalu sal pakai kat jari tengah dah tak muat lagi dah kat mana2 jari... hikhik.. (mai ngan aku gelak je.. mission berjaya!!!) yg menten.. biasalah, aku (naib presiden club-ni aku lantik diri sendirik ni)... mai(presiden-kuasa paling besar masa zaman tu)... sue (skrg dah kurus.. iskh, aku ngan mai tgh pikir2 nak singkir die sbb berpaling tadah)... ina (skrg aku tak tau cite die.. ni dlm usaha menjejak kasih), kak nana (kakak comel ku ini tetap menten ngan pipi 'je' tembam), dan kak aizah (ni PBB-pun dilantik secara tak rasmi)
hehe, man (hubby mai) antara yang tau cerita ttg ahli2 'Big Club' ni sbb x-presiden kitorg, lepas je letak jawatan kat 4b1 terus ikat kontrak seumur hidup ngan die. oleh kerana terlalu byk citer yg die tau, man pon kene paksa join d club...
setiap kali aku ingat zaman dok hostel dulu, aku selalu senyum sendiri. kenangan2 yang dah hampir 6 tahun aku tinggalkan tu masih segar dalam kotak fikiran. nak2 kalo aku dan kawan2 lama berkumpul.. selalunya mai la, tu pon payah sbb masing dah dok jauh. peristiwa lucu, sedih, pilu.. cemas.. tension... suma ada. insya Allah, jika Allah izinkan aku simpan kenangan manis ni sampai zaman keseorangan ni berubah, aku akan cerita kat anak2 aku. kalo panjang umo.. kat cucu pon aku blasah citer. mesti diorg seronok dgr kan..
tetiba rasa rindu kat zaman remaja...
No comments:
Post a Comment