seharian aku bergolek je atas katil, dari pukul 10 malam semalam perut ni asyik memulas. start kul 3 pagi, aku takleh tido. muntah2. erkk, tak larat. badan aku lesu sgt harini. pagi tadi aku msg miss jaya, bg tau dia aku tak dpt attend kelas dia. Alhamdulillah dia kata 'ok' tanpa byk soal. sakit yang bukan kepalang, perut aku macam diperah, 'membuang' dan muntah setiap 10 minit. huh, bila baring terasa tulang selangka aku menonjol ke depan. hehe, dah kurus ke? (mimpila ko shimah!)
aku cal mak, die suh masak bubur (oleh kerana perut aku takleh langsung menerima makanan lain). macam org dalam pantang aku harini, berjalan pun perlahan je. loya2. izan housemate aku pandang je tanpa tanya apa2, die tak berani kot nak tegur aku.
lepas masak bubur aku dayakan diri kuar umah, (aku nak ikan bilis!!!) kalo tidak mesti aku takleh telan bubur putih ni. lemah, mmg lemah... rasa tak berdaya nak melangkah. time ni la aku ingat mak, uhukk!! sedihnye, mcm ni la hidup membujang. sume kene buat sendiri. kalo dok ngan mak kan best, mesti die layan macam apa.. uhukk!!! (takleh layan sgt pikiran ni, kang ada yang tetiba berenti kerja semata2 nak dok ngan mak kat kpg)
skrg ni Alhamdulillah, aku dah ok sket. bisa2 kat dlm perut ni pon dah kurang sket (aku makan ubat seng seh). saja aku on pc and jenguk blog. dalam masa yang sama aku surf psl diarhea. sbnrnya bkn aku tak pernah kene penyakit ni, tapi saje je nak dpt xtra info. klik link kat bwh kalau nak tau lebih lanjut psl penyakit ni
No comments:
Post a Comment