Disember 2002:
Pergh…aku masih lagi tersadai di bangku batu di tepi gelanggang. Suara manusia di keliling terasa seperti irama syahdu. Merdu membuai. Angin petang bertiup nyaman. Aku merebahkan badan keletihan. Penat + mengantuk!! Tekanan kerja di pejabat masih belum reda. Hanya satu jam lepas aku berpeluang menyedut udara luar setelah dari pagi dipenjara dek kerja yang berlambak.
Ahhh..zaman sekarang bukan senang nak dapatkan kerja. Alhamdulillah, walaupun baru dua tahun aku mendapat jawatan tetap di tempat aku bekerja sekarang, itu pun dah kira baik. Fresh graduate seperti aku ni memang susah nak dapatkan kepercayaan dari syarikat2 tempatan. Apalagi bila hanya berbekalkan ijazah tanpa pengalaman berkerja sendiri.
Starting 4 angka!! Wow, berbaloi usaha aku menjalani kehidupan di kampus yang kadang2 menjadikan aku bengong!! No girlfriend, no nightlife…orang lain boleh sasau agaknya kalau jadi macam aku. Sayonara campus life. Pastinya menjelang dua tiga tahun lagi aku akan merindui zaman aku bergelar student.
Teruja dengan jawatan yang aku pegang sekarang, ditambah dengan kehidupan yang semakin stabil, aku terasa semakin sunyi. Sunyi di tengah keriuhan keluarga dan sahabat yang kadang2 tak mampu lagi menceriakan hari-hari yang aku lalui. Ohhh…jiwa aku yang sepi rupanya. Sepi tanpa suri yang bertamu. Dalam usia pertengahan 20, rasanya aku dah mampu membina keluarga sendiri. Tapi, mana aku nak cari teman yang sesuai. Susah aku nak percaya gadis zaman sekarang. Agaknya sebab itu juga ramai teman yang memilih untuk menjadi ‘eligible bachelor in town’. Bebas menjalani gaya hidup bujang di kota besar nie.
28 Januari 2003:
Kesunyian sekali lagi membawa kaki ku melangkah kesini. Ke gelanggang tempat aku melepak selepas bekerja. Habit sejak zaman kampus memang tak boleh ditinggalkan. Berjoging melepaskan tekanan minda dan perasaan. Kalau dulu aku sering keluar bermain badminton di waktu malam. Tapi, sejak sebulan lepas hatiku terpaut di sini. Keletihan selepas waktu pejabat tak lagi aku hiraukan. Semangat yang datang secara tiba2.
Erm…mungkin kerana gadis itu. Gadis sederhana yang menarik hatiku. Ahhh..dia bukanlah cantik sangat. Kali pertama aku perasan kehadirannya, aku memang tak ambil kisah. Biasalah gelanggang macam nie memang selalu jadi tumpuan orang awam untuk bersukan. Tapi, dari gaya penampilannya mungkin dia adalah student dari IPTA berdekatan. Berpakaian lengkap seluar sukan, dengan t-shirt long sleeve, bertudung dan memakai kaca mata. Cukup sederhana. Mungkin ketinggiannya yang menyebabkan dia sering mencuri tumpuanku. Nampak ideal bila dia sendirian
berjoging menghabiskan 4 pusingan di trek yang ku kira agak luas.
Sungguh…it takes only a minute to like someone. Minggu kedua aku mula perasan yang gadis itu cukup manis. Manis yang sukar dicari. Nampak agak pemalu bila kadangkala bertentang mata dengan ku. Mungkin dia mula perasan aku sering mencuri pandang. Mana tak nya…seminggu direct aku bertemu dengan orang yang sama setiap petang. Pertemuan tanpa suara…hanyagerak geri yang menjadi pengikat bicara. Memang sah aku dah jatuh suka pada dia. Aku ‘angau’ agaknya. Kalau nak ikutkan ramai lagi gadis yang lebih cantik berada di sekeliling ku setiap hari.
Bertemu dengan begitu ramai gadis di syarikat aku bekerja tidak sama seperti mana aku tertarik hati pada gadis manis tinggi lampai yang aku jumpa di gelanggang setiap petang.
Februari 2003 :
Arghh…sering kali aku nafikan keinginan aku untuk bertegur sapa dengan dia. Selalu juga aku mencari kekurangan yang ada pada dirinya. Ermm…dengan kulit yang agak cerah, aku boleh nampak bekas2 jerawat kecil di mukanya. Tapi,dengan gaya hidup yang aktif di usia remaja pastinya itu perkara normal. Ahhh…alasan lagi!! Senyumannya masih lagi menarik walaupun mempunyai gigi agak jarang di sebelah bawah. Huhhh…kalau hati dah suka semua itu tak mampu nak tahan keinginan di hati. Jiwa rasa macam tak senang. Makin hari aku pandang rasa macam makin sayang pulak. Sesungguhnya, akulah insan paling tidak bersyukur kalau terus-terusan aku mencari kekurangan pada rupa parasnya. Astaghfirullah hal ‘azim..
Mac 2003:
Minggu ketiga aku disini, aku nekad. Gadis itu akan ku sapa. Apa nak jadi pun jadilah. Paling tidak aku mengeratkan silaturrahim sesama insan di dunia. Dengan seribu debaran di dada, aku melangkah lagi ke tepian gelanggang. Memang aku agak tergesa-gesa untuk ke sini. Mana taknya, setelah dua hari bercuti hujung minggu aku agak kerinduan dengan bangku batu tempat aku melepak setiap petang setelah penat berjoging. Dari pagi aku dah memikirkan kesan yang bakal aku terima dengan tindakan nekad aku nie.
Lambatnya waktu berlalu, setengah jam aku duduk berteleku tanpa memulakan apa-apa aktiviti warm-up seperti selalu. At last, aku nampak kehadirannya. Masih dengan penampilannya seperti biasa. Membawa sehelai tuala kecil dan sebotol air di tangan. Hehe..dia memakai kasut sukan berwarna biru. Kelihatan seperti atlet professional. Sesuai dengan dirinya. Aku melemparkan senyuman bila mata kami berlaga. Nampak dia agak terkejut tapi masih mampu disembunyikan dengan senyuman yang di balas. Alhamdulillah…ada harapan.
“Assalamualaikum…sorang ajer. Mana kawan2 yang lain?”. Aku bertanya setakat berbasa-basi walaupun aku tahu dia jarang berteman bila datang ke sini. Baru dua tiga kali dia datang bersama teman. Pasti dia seorang yang independent.
“ Assalamualaikum…sorang ajer. Mana kawan2 yang lain?”. Aku bertanya setakat berbasa-basi walaupun aku tahu dia jarang berteman bila datang ke sini. Baru dua tiga kali dia datang bersama teman. Pasti dia seorang yang independent.
“ Ohhh…awak nih student yer? Nama apa…”. Straight ajer soalan aku. Tiba-tiba aku tak pandai nak memulakan bicara. Sebelum nih takde pulak problem macam ni. Ok ajer aku bergurau senda dengan teman-teman wanita yang lain. Tapi, tatkala berdepan dengan dia, PR skill aku tiba-tiba tak berguna langsung.
“ Eh…mana tahu? Ada cap ke kat muka saya.”. Dia ketawa mesra. Macam ada rhythm yang masuk ke telinga ku. “ Saya Zaila…student kat IPTA sebelah nie ajer. Saya ambil Computer Science kat sana. Awak pun student jugak ke. Nama apa…?”. Dia seakan-akan mengulangi ayat ku tadi.
“ Saya Nirwan…keje dah. Tinggal dekat2 sini gak. Selalu saya nampak awak jogging. Tiba-tiba teringin nak kenal. Saya dah agak awak mesti study kat situ…”. Dan akhirnya perbualan kami menjadi lebih rancak dan mesra. Akibatnya petang itu masa aku dihabiskan berbual dengan dia.Tiada aktiviti jogging seperti biasa.
Mei 2003 :
Lewat pertemuan petang itu, aku mula menjadi rapat dengan Zaila. Hari-hari yang aku lalui menjadi lebih bermakna. Aku rasa segenap ruang kosong di jiwa mula terisi. Tapi, aku masih tidak berani untuk mempelawa dirinya keluar bersama di hujung minggu. Keinginan untuk menjadikan dia teman istimewa tak pernah aku suarakan. Aku lebih suka hubungan yang terjalin, hubungan yang masih tidak bernama dalam erti kata sebenar. Kami lebih bebas untuk berbicara dan berkongsi apa sahaja. Lebih kepada ‘soulmate’. Paling tidak, tiada hati yang akan terluka
andai ditakdirkan aku dan Zaila tiada jodoh.
26 Jun 2003:
Kali pertama aku keluar secara rasmi bersamanya. Aku ingat pun sebab itulah hari lahir Zaila. Tarikh istimewa jugak bagi aku. Cukup aku tak sangka, akulah satu-satunya insan yang di ajak bersama untuk meraikan hari jadinya yang ke 22. Terasa diriku cukup bererti di dalam kamus hidupnya.
“Kita nak pergi mana nie…”. Aku bertanya, agak bodoh bila kali pertama aku datang menjemputnya di kolej. Satu keadaan yang agak baru bagi diriku. Juga bagi Zaila agaknya.
“ Ermm…awak nak suruh saya decide ker? Kalau nak ikut saya, kita duduk kat tempat biasa pun boleh. Borak2 dan makan2, petang sikit kita jogging sama2 ”. Zaila ketawa, seakan menyindir. Riangnya dia. Tempat biasa yer!!. Dalam erti kata lain, bangku batu di tepi gelanggang. Ahhh…dia mengenakan aku rupanya.
“ Ok, kalau macam tue, I’ll decide.” Aku masih berkira dalam hati akan kewajaran tindakan aku nanti. Adakah dia akan terkejut?. Sedangkan aku sendiri masih tak bersedia. Lantaklah nak kata apa pun. Yang aku tahu, aku tak buat pilihan yang salah.
Ermm…seronok yer memandu bila ada teman istimewa di sebelah. Aku rasa terhibur dengan celoteh Zaila. Kadang2 perbualan kami tenggelam dengan rentak lagu sentimental dari VCD lagu yang sengaja aku pasang. Ahh…layan perasaanlah pulak. Memang semenjak mengenali dia, aku jadi insan sentimental. Kalau member2 aku dapat tahu nie…sure kena gelak sakan. Yang pastinya, hatiku dah dipenuhi lagu cinta. Memandu tenang menuju destinasi.
“ Jomlah turun…buat ajer macam rumah sendiri.” Aku tersenyum memandang. Zaila hanya mengangkat kening. Bulat matanya seakan-akan ingin mempersoalkan ajakan aku.
“ Rumah siapa nie. Awak ker? Ishhh..taknaklah. Giler ker. Takkan saya nak masuk. Saper ader kat dalam”. Dia bertanya, cuak.
“ Awak ni pun. Takkanlah saya nak buat macam tue. Memanglah rumah saya…rumah mak ayah. Lebih kurang kampung saya lah nie. Rumah bujang saya dekat Seksyen 14 tue ajer”.
Hahaha….sampai sekarang aku tak boleh lupa riak wajah Zaila bila kali pertama aku kenalkan dirinya dengan mak. Ayah pun nampak bersetuju. Pastinya semua terkejut dengan tindakan drastik aku. Zaila, satu-satunya gadis yang aku tak fikir dua tiga kali untuk dibawa berjumpa dengan famili aku. Rasanya itulah pertama kali aku mula memikirkan semua tindakanku secara waras. Secara matang dan dewasa. Bukan lagi mengikut rasa.
Kesian dia…nampak begitu kekok dan malu. Tapi walau segan dan masih lagi dalam mood terkejut, sempat jugak dia mengikut mak aku merayau2 kat kawasan belakang rumah. Sudahnya penuh satu plastik dengan buah mangga muda dan jambu air. Siap ada bekalan lauk dan nasi. Aduhh…macam dia pulak anak mak. Terima kasih mak kerana bersetuju dengan pilihan hati anakanda!!
Sehari suntuk waktu aku dihabiskan dengan Zaila. Terasa begitu cepat waktu berlalu. Bila nak pulang ke Kuala Lumpur, baru aku tahu rupanya hari tue birthday dia. Dia menolak bila aku ajak singgah kat Mid Valley. Nak bagi hadiah pun dia taknak. Huh…alih2 dia suruh aku belikan coklat. Itupun cadburry dengan harga tak sampai sepuluh ringgit. Aduh…itukah dirinya yang sebenar. Dia tidak pandai meminta.
Awal November 2003:
Kerjaku makin bertambah. Jarang aku dapat pulang awal di sebelah petang. Temujanji dengan pelanggan2 syarikat tempat aku bekerja sering berlarutan hingga ke senja. Memang susah untuk menjaga hati majikan. Begitu cerewet. Reputasi syarikat pembinaan yang sudah dikenali ramai macam tue memang perlu dijaga. Aku pulak sebagai kakitangan bawahan pastinya hanya mampu bertindak mengikut arahan. Selalu sahaja design aku di tolak mentah2. Boleh menaikkan darah aku kalau terus-terusan bekerja dalam tekanan. Ahh…inilah reality dunia pekerjaan. Aku dibayar untuk berkhidmat. Pastinya semua inginkan yang terbaik. Bukan lagi terkial-kial dengan teori dan prinsip2 di dalam buku.
Alamak…rindunya aku pada Zaila. Dia rindu kat aku tak agaknya?.Hanya sesekali aku menelefon. Kalau ikutkan hati sepanjang masa aku mahu dengar celotehnya. Tapi, aku tahu dunia student. Sebagaimana aku tidak suka diganggu suatu ketika dulu, begitu jugak tanggapan aku pada Zaila. Cuma aku mampu berharap, tiada lelaki lain yang menjadi temannya di universiti. Aku pun malas nak bertanya. Huh…aku masih lagi mahu berselindung. Tidak mahu kalah dengan perasaan ini.
November 2003:
Aku ditugaskan ke Singapura. Orang baru seperti aku memang selalu diminta menghadiri konvensyen antara syarikat. Salah satu criteria untuk cepat naik. Kenalah ikut prosedur syarikat. Cari pengalaman. Ada sesetengah orang, main kipas ajer.
Tiba-tiba aku terfikir untuk mengkaji prestasi diri. Aku mula berkira-kira untuk menjadi free-lancer. Cuba untuk bersaing secara personal, mengkaji corak dan standard pasaran. Pastinya duit masuk pun lebat. Ermm…aku masih terikat dengan syarikat. Susah kalau aku di tegur oleh majikan. Silap haribulan, kena buang kerja.
Aku cuba bercerita dengan Zaila tentang rancangan masa depan aku dalam kerjaya. Aku tak begitu pasti kenapa dia yang menjadi tempat aku bercerita. Agaknya dia pun kurang faham dengan situasi sebenar kerjaya aku. Maklumlah, selama ini aku tak pernah bercerita apa2. Dia pun seperti tak berminat nak tahu.
Dia bukanlah seorang yang ketandusan idea. Nampaknya, dia punya prinsip tersendiri tentang masa depan. Aku dapat tahu tentang impian dan cita2 Zaila. Terus aku buka cerita tentang cinta dan perkahwinan.
“ Kahwin…ermm, saya letak no-3. Lagipun saya muda sangat2 lagi. Saya tak suka bergantung pada orang lain. Kalau boleh biar saya ada income sendiri dulu. Paling kurang pun saya boleh beli kereta dengan duit sendiri. Saya tak memilih sangat pasal jodoh. Susah2 sangat, saya suruh mak ayah ajer yang carikan. Tapi kalau jodoh saya datang awal, saya masih terfikir nak bekerja. Harapnya saya boleh dapat orang yang faham dengan diri saya…awak pulak macamana?.” Zaila cuba memancing jawapan dari aku. Alhamdulillah…nampaknya dia masih kepunyaan ibu dan
ayah. Belum lagi dirisik sesiapa.
“ Kalau saya…anytime saya boleh kahwin. Cuma nak kena adjust sikit ajer. Kena deal dengan famili dulu. Hehehe…”. Aku malas nak jawab soalan dia. Yang betulnya, aku suka dengan dia. Cuma nak kena fikir dua tiga kali betul ker Zaila orang yang aku cari selama nie. Dah bersedia ke aku untuk memikul tanggungjawab?. Arrr…nak kena buat solat istikharah nih.
Disember 2003:
Hampir setahun aku mengenali Zaila. Aku tak rasa ianya jangka masa yang lama. Tapi bukan juga begitu singkat untuk aku mengenali peribadi Zaila. Dia senang dibentuk. Sopan pun yer jugak. Rasanya dia agak berbeza dengan kebanyakan gadis2 penuntut universiti. Dia bukan seorang yang sukakan kebebasan walaupun agak berdikari. Mudah mesra walaupun agak pendiam. Ok ajer dia bergaul dengan member2 aku bila sesekali di ajak menemani ke majlis yang melibatkan kawan2 rapat aku. Tak sangka pulak dia boleh di bawa berbincang pasal bola. Tapi kadang2 kena usik jugak bila dia lebih mengenali pemain2 yang kacak berbanding pemain2 yang punya skill.
Mid-Disember 2003:
Aku bercuti. Sajer nak habiskan cuti hujung tahun. Tapi sebenarnya, aku punya hasrat untuk berkunjung ke kampung Zaila. Nak kenal bakal mertua agaknya!!
Zaila agak keberatan membawa aku pulang. Mesti mak ayah terkejut katanya. Tapi bila aku berjanji untuk membawa dua orang teman bersama, dia tak fikir panjang. Terus kata ok. Tapi dengan syarat, pandai2 lah aku bersoal jawab dengan mak ayah dia. Haha…aku dah dapat tangkap apa yang ada dalam fikiran Zaila. Dia tak mahu aku disebut2 sebagai teman istimewa. Belajar pun sibuk nak bercinta.
Hehe..aku faham situasi dia. Lagipun, dia terasa pelik agaknya. Tiba-tiba aku nak ikut dia balik kampung sedangkan aku tak pernah bagitahu yang aku dah anggap dia teman istimewa aku. Boleh jadi bakal tunang aku merangkap bakal isteri. Alaa…paling teruk pun nanti..aku cuma bagi tahu, “ Makcik, pakcik…saya dah suka dengan anak pakcik. Kalau boleh saya nak masuk merisik..!!”
Disember 2003:
Serasi. Itulah yang aku rasa bila semakin mengenali latar belakang Zaila. Aku rasa boleh adapt dengan famili dia. Aku suka dengan adik2 dia. Aku suka dengan mak ayah dia. Aku suka segala-galanya yang berkaitan dengan Zaila. Sah…memang aku kena kahwin dengan dia. Aku dah tak fikir ada orang lain yang lebih sesuai.
Awal Januari 2004:
Aku dah buat keputusan. Berbincang empat mata dengan mak. Bersuara dengan ayah. Aku nak wakilkan orang ke rumah Zaila. Lecehnya kerja nikah kahwin nih. Kalau ikut aku, tak payah risik2, tak payah tunang2, kahwin jer terus habis cerita. Aku yang nak kahwin, bukan orang lain.
Zaila pun dah setuju. Aku cuma gelak bila dia kata takut nak kahwin. Dia tak pernah terfikir jodohnya datang secepat itu. Ehhh…awak nak takut apa!! Aku yang kena pikul amanah dan tanggungjawab nanti. Zaila cuma perlu jadi permaisuri dihati.
Februari 2004:
Zaila dah sah jadi tunang aku. Ada dah cincin kat jari dia. Kiranya aku dah dapat lesen sementara untuk selalu2 tanya hal ehwal semasa dia. Bincang apa yang patut. Lepas ni, aku dah boleh senang hati buat kerja. Bukan untuk saper2. Untuk aku dengan Zaila jugak.
March 2004:
Satu semester, sebelum Zaila layak bergelar graduan. Mendapatkan ijazah yang boleh dijadikan tiket untuk dia dapatkan kerja. Penuhkan impian dan cita2 dia. Aku tak kisah sangat bila dia agak sibuk. Susah untuk meluangkan masa berjumpa aku di hujung minggu. Tapi, dua tiga kali seminggu, aku masih berpeluang duduk berbual berdua dengan Zaila di bangku batu di tepi gelanggang. Tempat yang sama aku tengok dia sendirian berjogging tahun lepas. Rutin yang menjadi cara untuk aku berkongsi minat dengan Zaila. Semakin berseri-seri pulak aku tengok dia
setiap hari. Susah nak tengok dia bersedih. Makin lawa bila dah jadi tunang aku…hehe!!
April 2004:
Kali pertama kami bercuti bersama2. Aku ikut serta bila Zaila bercadang untuk ke Terengganu. Percutian dengan keluarga. Aku terhibur bila berada di tengah2 ahli keluarga Zaila. Meriah dengan gelak dan tawa. Aku pun dah diterima menjadi ahli keluarga Zaila walau belum sah bergelar suami isteri. Kalau macam nie, nampak gayanya takkan banyak masalah yang melibatkan keluarga bila kami kahwin nanti.
Keluarga sebelah aku tak seramai ahli keluarga Zaila. Tapi gaya hidup kami hampir sama. Lebih senang bercuti ke mana-mana dengan keluarga.
Mei 2004:
Dua bulan sebelum aku dan Zaila akan diijabkabulkan. Zaila mula berkira-kira untuk mencari kerja. Mengisi waktu terluang sebelum dia menghadiri pesta konvo. Aku bagi sokongan penuh. Aku tak larang dia bekerja kalau pun dia dah jadi isteri aku. Zaila mula sibuk menghantar resume. Tapi sempat jugak pusing2 beli barang kahwin. Banyaknya persiapan. Sekali seumur hidup katanya.
Yerlah, aku tak faham sangat kalau bab shopping barang kahwin. Aku serahkan semua persiapan pada keluarga. Bab hantaran aku suruh Zaila pilih sendiri. Aku pun tengah banyak tempahan pelan untuk di siapkan. Tak sempat nak ambil cuti.
20 Mei 2004:
Zaila nak balik kampung. Dia menolak bila aku bercadang nak hantar dia balik hujung minggu nanti. Katanya dia akan balik sendiri. Dia cuma tinggalkan pesanan SMS sehinggakan penuh inbox aku dengan celoteh dia. Macam cakap telefon lagaknya. Aku terhibur dengan gelagat dia yang boleh tahan nakal. Pastinya aku rindu nak jumpa dia dua tiga hari nie.
“ Nombor yang anda dail berada di luar kawasan…” Ahh…pastinya Zaila masih lagi berada di lebuhraya. Susah nak dapatkan talian. Tambahan kalau hujan lebat. Aku risau tiba2.
Mei 2004:
Sungguh…tiada siapa mampu menghalang kehendak Allah. Dunia aku rasa kosong. Tiada air mata yang tumpah, mengalir di pipi. Cuma rasa seperti dada ku akan pecah menahan esakan dan kesedihan. Berita kematian Zaila aku terima dengan fikiran yang kosong. Tiada kata2 yang mampu aku lafazkan. Kejutan yang sungguh tak di sangka menimpa aku tatkala hidupku semakin di selubungi bahagia.
“Wan…ibu harap Wan banyak-banyakkan bersabar. Bukan Wan sorang yang sayangkan dia. Semua orang pun sayangkan Zaila. Tapi Wan kena ingat, jodoh, pertemuan…semua Allah yang tentukan. Kalau Wan percaya pada Qada’ dan Qadar, Wan kuatkanlah semangat. Wan kena terima, Allah lebih sayangkan dia. Mungkin ada orang yang lebih baik untuk Wan nanti.”
Ahhh…andainya manusia mampu membaca hati orang lain, pasti semua tahu apa yang aku rasa. Aku cuma mampu berteleku memandang ahli keluarga Zaila. Hanya mataku yang berkata-kata bahawa aku turut merasai apa yang mereka rasai. Mungkin kesedihan kami sama…atau mungkin aku lebih bersedih lagi. Kusutnya fikiranku pada waktu itu. Terasa seperti ingin aku pergi mengiringi Zaila di sana.
Ya Allah…mengapa begitu cepat sekali engkau menjemput dia menemuimu Ya Allah. Kenapa tidak engkau menjemput ku sekali. Terasa kesal dalam diri kerana tidak berkeras untuk menghalang Zaila balik sendirian. Oh Tuhan…sungguh2 aku tak tahu kenapa aku yang dipilih untuk menerima semua dugaan ini. Bukan aku tak percaya pada ketentuan-Mu, tapi kenapa begitu cepat nikmat kebahagiaan itu ditarik dariku Ya Allah. Sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui dan maha menyayangi…aku berserah pada-Mu. Semoga Zaila ditempatkan dikalangan mereka yang
beriman.
September 2004:
Aku masih lagi di sini. Menjalani rutin biasa hidupku, sepertimana satu ketika dulu. Bangku batu di tepian gelanggang ini masih menjadi tempat aku melepas lelah, setelah penat berlarian. Masih lagi menjadi tempat untuk aku melelapkan mata beberapa ketika seandainya rasa mengantuk tidak mampu lagi untuk ditahan. Yang pastinya…bangku batu tepian gelanggang ini menyimpan seribu makna dalam hidupku kerana di sinilah aku belajar untuk mengemudi kehidupan menjadi insan yang tabah dan masih lagi menjadi tempat untuk aku meluahkan kesunyian, melakar rasa cintaku pada Zaila yang tidak kesampaian.
Di hujung gelanggang, mataku menangkap kelibat seseorang. Aku cuma membalas senyuman yang diberikan…lesu. Aku pasrah pada ketentuan-Mu Tuhan.

No comments:
Post a Comment