seharian aku menghadap pc, mata aku dah naik pedih. satu badan rasa letih. hari ni banyak betul emel yang masuk. satu persatu aku jawab, aku karang ayat yang sebaik2nya. tangan ngan lengan aku dah lenguh, kan best kalau ade org yg offer utk urut belakang aku... hehe.. tiba2 aku mengharapkan keajaiban. mengharap kalau ada seseorang disebelah aku. memberi kata semangat pada aku. saat2 macam ni aku seperti merindukan kehadiran seorang teman. teman ketawa... teman berduka... tapi siapa ye? yang pastinya keajaiban yang aku harapkan akan menjadi satu impian yang tak kesampaian.
takpela...
bercakap tentang teman, aku teringat zaman sekolah. dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, teman yang mendampingi aku saling bergantian. aku tak pernah kekal dengan seorang kawan. aku ni jenis berangin sket, tu yang susah nak dapat kawan karib (hehe.. that's me... for real)
cuma ada dua insan... mereka ini hingga kini masih bersama aku (walaupun secara fizikalnya, kami jauh) ida ngan min. dua orang manusia yang tak pernah jemu melayan karenah aku. mendengar dan mencari aku biarpun aku cuba menjauh. kala begini, andai mereka di depanku, ingin aku ucap beribu terima kasih buat mereka berdua. terima kasih kerana sabar dan masih menyayangi aku. persahabatan yang terjalin penuh dengan warna warni kehidupan. penuh suka dan duka.
uhukk... syahdu lak.. nntla sambung
No comments:
Post a Comment