Lagu ni masih lagi aku putarkan.. terus putarkan walaupun telinga ni dah naik muak mendengarnya. lagu yang ku kira biasa... tak sehebat bintang di surga atau dealova... tetapi liriknya seakan memberi satu tanda soalan besar kepada aku. kenapa dan mengapa?
kenapa? mengapa?
kerana aku ini juga seorang penunggu. penunggu sebuah cinta seorang lelaki. biarpun dia bukan lelaki pertama dalam hidupku tetapi hadirnya hampir dua tahun lalu banyak memberi harapan kepada aku. aku terlalu mengharapkah? ya, mungkin. aku manusia sepi sebenarnya. kerna itu hadir dia dalam hidupku memberi sedikit sinar dan nafas baru buat aku. biarpun kami berdua jauh, sekurang2nya hati aku tak lagi sunyi.
dia menarik, mungkin bukan dari segi paras rupa tetapi dari segi perwatakan. bagaimana boleh aku gambarkan tentang imal ya... ermm... buat mata yang pertama kali menatapnya, imal ku mungkin boleh ditafsirkan sebagai lelaki lincah... nakal... suka bergurau.. menarik hati... begitulah... begitulah mungkin sedikit sebanyak yang boleh aku gambarkan tentang dia.
mengapa aku masih menunggu?
pada awal perhubungan aku dan imal tidak bercadang untuk menyimpan kisah cinta ini lama2. plan tak bertulis tu hanya berangsung antara aku dan dia. kerna qada' dan qadar yang ditentukan aku dan imal masih lagi belum boleh bersatu. terlalu banyak halangan, ada saja masalah yang merintang. dan seringkali ia kerana imal sendiri. aku tak menyalahkan dia, jauh sekali untuk menghukum imal. yang aku lihat, masalah yang timbul adalah kerana cita2 nya, dia ingin berniaga. siang malam iml bekerja, pernah dia jatuh sakit. hampir dua minggu terlantar demam panas. dia memang terlalu 'eager' mencari wang sebagai modal pusingan perniagaannya. hampir 6 bulan berusaha, tiba peluang yang ditunggu. cuma yang aku sedih, dia tak menyelidik dahulu latar belakang kawan yang bakal berkongsi perniagaan. dan.... korang pasti boleh mengagak kan? imal ditipu. duit habis, tenaga yang dicurah terbuang begitu saja. keluarganya hanya minta dia bersabar, aku pon hanya mampu kata begitu. sesungguhnya ketentuan dan dugaan Allah itu perit. "Pasti ada hikmah di sebaliknya" kataku bila dia mula mengeluh.
dan aku... terus menunggu. Alhamdulillah, ketetapan Allah buatku amat baik. aku bersyukur. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. rezeki aku melimpah2. kerjaya ku semakin kukuh. dan imal semakin dibelenggu. melihat kejayaan aku dia semakin didesak kata hati. dia beerja lagi. ot tak kira masa. balik rumah hanya untuk mandi dan tidur. makan semakin diabaikan. imal... imal... aku teramat sayangkan dia. tak sanggup melihat dia menyeksa hidup sendiri.
sekali lagi dia berjaya mengumpul modal, dan sekali lagi juga dia diundang ujian. keluarga... kerna tanggujawab imal serahkan demi permintaan mereka. dan aku, yang hanya mendengar turut merasa resahnya.
dan kerana itu aku masih menunggu. cuma aku rasa sedikit teraniya dengan sikapnya, imal tidak semesra dulu. aku rasa seolah hilang tempat bermanja, tempat berkongsi cerita.. dan petang tadi.. di corong telefon aku mendengar suaranya mengeluh lagi... dan apa pula kali ini... tetapi yang pasti.. aku masih menunggu

No comments:
Post a Comment