Pages

Thursday, May 25, 2006

hujan

hujan lebat petang ni... hingga kini masih renyai. balik tadi aku perhatikan kiri kanan jalan ke kl, sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. yang tak sabar untuk sampai ke destinasi, tak sudah2 membunyikan hon tanda protes. mungkin tak puas hati dengan cara pemandu lain mengawal kenderaan. atau ada yang marah kerana kenderaan mereka dipintas tanpa izin. erm.. kl.. inilah kl.. tak boleh salah sikit, mula lah kenderaan terkandas ditengah2 bandaraya. neon yang berkerlipan, tiada lagi indah di mata mereka. dan kerana kesesakan itu aku decide utk naik putra je. tak boleh naik bas, alamat pukul 10 mlm baru aku sampai kat rumah.
pukul 8.15 aku dah sampai kat rumah. sejuk, suasana yang amat aku tunggu sejak dua tiga hari lalu. bestnye.. malam ni tido lena la aku. Alhamdulillah..
udara nyaman yang bertiup perlahan2 membawa aku kepada kenangan lalu... ermm... kenangan itu. masa tu ateh masih lagi di shah alam, aku kurang pasti course nya tapi yang pasti dia di tempatkan di situ sebagai persediaan pelajar ke luar negara. aku kecil lagi masa tu. baru darjah 3 rasanya. tengah malam, dlm pukul 10 mlm. abah baru je balik dari keje part time. banyak makanan yang dia bawa balik (aku tak berapa ingat... tapi adalah sate, lauk pauk & sbgnya) semua tu makanan yang tak habis dr tpt abah keje. abah sbnrnya keje part time sbg waiter (pon aku tak pasti nama post tu... bkn waiter restaurant, selalunya abah serve bila ada majlis atau kenduri2 di rumah2 org kenamaan atau sbgnya)
dirumah yang ada cuma aku. "kita hantar utk eddy ya" kata abah pada mak. mak angguk je. aku yang masih menonton tv cuma curi2 dengar. 'nak g tgk ateh' getus hatiku sendiri. mak siap bertudung, abah dah hidupkan enjin kereta tuanya. aku segera meloncat masuk ke perut kereta. hujan masa tu, lebih kurang mcm hari ni la... renyai2.
seronok, aku menikmati cahaya lampu di sepanjang jalan. tiba di batu 3, hujan mula lebat. aku lihat mak bertungkus lumus mengelap cermin kereta di hadapan tempat abah dengan surat akhbar. dalam diam aku mula rasa takut. masa tu aku tak fikir lain, aku cuma terbayang kalaulah abah gagal mengawal kereta... habislah kami tiga beranak. abah tetap juga memandu, perlahan dan berhati2. aku nampak matanya merah, aku tau dari riak wajah abah... dia teramat penat. bila sesekali dia tarik nafas, aku dapat mendengar desah dari kerongkong abah. masa tu air mata aku mengalir perlahan. masa tu aku tahu abah tak pernah lupa akan anak2 nya. dalam hujan lebat dan badan yang teramat letih dia masih sanggup meredah lebuhraya demi anak yang tersayang. besar betul semangat dan cinta abah buat kami.
"eddy suka ni" kata abah masa sedang membungkus makanan yang ada. dalam letih abah tetap ingat anak. terutama sekali ateh, ateh anak yang bijak. anak yang selalu membanggakan mak dan abah. pernah sekali aku merajuk dengan abah, aku kata dia hanya sayang ateh. "anak yang pandai, mestilah abah sebut selalu. supaya nor pun semangat nak belajar dan berjaya macam ateh" bebel abah. rindunya... rindu rasanya pada abah. entah bila lagi boleh jumpa.
kalau aku tahu peluang untuk aku bersamanya sesingkat ini, pasti tak sekali pun aku lukakan hatinya.. :( rindunya kat abah
** shimahz tak boleh menaip lagi.. air mata dah berjurai2**

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya