Tengok pada tajuk pun kita dah rasa sealur keinsafan mula meresapi diri. Aku yang semakin alpa tersentak lagi dengan ketentuanNya. Dugaan itu ada di mana2 dan boleh datang tak kira masa. Pada mulanya aku habis pasrah, berserah... kalau ikut kata hati aku mahu terus berundur. Tak mahu lagi berjuang.
Tetapi setelah aku renung akan Qada' dan Qadar Nya, aku kembali bangkit. Semangat yang hilang mula membakar cemerlang di dalam diri.
Sungguh, aku bersyukur, dengan iman yang kupupuk selama ini. Allah beri aku kekuatan untuk bangun kembali.
No comments:
Post a Comment