Pages

Tuesday, March 07, 2006

pencuri dan pencopek

kasihan pada rakan sepejabat. beg tangannya diambil ketika sedang bersolat di surau Uda Ocean (belakang bus stand klang).
mendengar kisah rubi,terimbau peristiwa yang berlaku hampir 2 bulan yang lalu. kalau tak silap,masa tu dua hari selepas hari raya Aidiladha. kerana kerja petang, aku yang baru je abis bercuti raya bertolak dari melaka pada paginya. seronok, sbb masa yang dapat aku habiskan kat kg lebih lama. pagi tu aku bonceng skuter along, sejuk satu badan. angin subuh ditambah dengan speed skuter baru along tu, uishkkk... mmg rasa nak patah balik je. sejuk2 ni mmg best tido.
sampai kat melaka central kul 6.55pagi. sementara menunggu bas kul 7.30,aku lepak2 sambil makan roti.perjalanan hari tu Alhamdulillah, segalanya lancar sehinggala aku tiba kat opis.
kat opis, bahang raya Qurban masih terasa. masing2 bercerita tentangkampung dan berapa ekor lembu yang tumbang utk Qurban. seronok!! bila masa menjelang pukul 5 petang, suasana makin sunyi. hanya tinggal aku dan rizal yang masih terkontang-kanting menjawab cal. itu pon bukan byk sgt panggilan ptg tu, kitorg byk habiskan masa main game sampai la ke petang. tiba waktu 7.30ptg, aku ngan rizal berkemas2 nak blk. pas turun je dr lif aku da start bersendiri. rizal lak naik motor.
perjalanan smooth je. cuma aku lelah dengan dua beg baju yang aku galas katbelakang satu and kat bahu sebelah kanan satu. dgn ketinggian aku ni danbeg besar yg aku bawa, mau org nampak aku mcm indon jual tikar.. ahakss
sampai je kat putra station, cam biasa la aku masukkan tiket dan turun kebawah utk tgu lrt. keadaan lengang, aku decide nak tgu kat first pintu.dalam menunggu tu sempat gak aku termenung. teringat nak blk kampung lagila, terfikir nak gi aquaria ahad tu la (kebetulan aku dpt pamplet psl aquaria on d way g putra td) lepas 3 minit kot, lrt pon sampai. aku yg tgh separuh berkahayal ni justget ready utk masuk pintu lrt tu.
tetiba, ntah hamba Allah mana yg dok tolak aku beria2. "siot!" kata hati aku. "takde org pon nak tolak2 ke"...bengang tol masa tu. apa idaknya, org blakang tu tolak sampai aku ponterpaksa tolak bdk cine depan aku. sah2 bdk cine tu salahkan aku. muka diepon dah semacam. aku apa lagi aku cuma jeling, tgk sapa la yg beria2 nak naik lrt sampai hilangkesopanan. aku cuma perasan sorang pompuan berbaju kurung biru laut. mukeselamba toyak je. ceh.. ampeh!!!. aku tak kuasa nak gaduh. aku berdiri kat tepi tiang tu dan sambung termenung balik. hehe
sampai kat jelatek, aku jln pantas. takutla pompuan yg cari pasal td turun stesen yg sama. aku takmo tgk muke die, aku tgh mood baik ni. aku takmo psl pompuan ampeh yg aku tak kenal tu spoil kan mood aku.kuar dari stesen, aku letak beg yg aku galas kat bahu kanan kat kerusi. DAN.....!!!!!
ermm.. beg galas aku dah terbuka. abih nampak sume isi baju2 aku. dan yg pasti, dompet aku dah takde. adui... dahler tambang takde. duit aku sume dlm dompet tu. mmg la duit yg ada tu tak byk, adala dlm rm10 (duit ni akuingat nak top-up num 019 aku) tp nampak gayanya takde rezeki nak top-up. cuma aku risaukan i/c, lesen, kad matrix and mcm2 harta yg aku sayang dlmtu.
uhukkk...sedih... aku bkn sedih sbb barang yg hilang. walaupun sayang tp nak buatcamne. harta dunia...cuma aku sedeh ngan sikap org2 kita. org malaysia. masa aku kat dlm putra tu, ada perasan pompuan2 tu dok pndang2 aku. siap ada yg tunjuk2 kat aku.aku ingat depa ngumpat aku ke, kata muke aku buruk ke...mcm2 la aku pk.rupa2nya depa nampak sesuatu yg tak btol. org buka beg aku, org amik beg duit aku (beg duit butterfly tau, aku beli kat masjid india!-RM10) apa salahnya mereka bersuara. kalo ada yg berani ptg tu, for sure kejadian mencuri secara open ni tak berlaku di Malaysia. pencuri tu pon tak berani.uhukk.. org Malaysia.. org aku gak tu... nak menyampah, kang terkene batang idung sendiri. sedey-sedey...mengapa macam ni sikap org malaysia ye?
dan kepada si pencuri2, kalo nak buat dajal pon jgn la pilih surau. menghina kesucian tempat beribadah namanya tu

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya