Pages

Monday, November 10, 2003

kau ku sayang (semuanya tinggal kenangan)

Aku duduk bersimpuh disamping beberapa org wanita. Mataku tunduk memandang sekeping kertas bertitipkan selawat ke atas Rasulullah saw. Senyap, itu yang mampu aku buat. Kehadiranku di situ cuma di temani Kamal. Tapi kini Kamal di tempat jemaah lelaki. Sejak tiba di masjid AnNur aku lihat dia tak duduk diam. Sibuk membantu itu dan ini. Timbul rasa kagumku pada dia. Hatiku senyum sendiri.Masa yang berlalu mengundang sedikit rasa bosan. Aku mengerling ke arah gadis dan beberapa orang makcik. Aku pasti mereka juga ingin sama-sama meraikan majlis Maulidur Rasul hari ini. Aku cuma mengukir senyum, mereka juga begitu. Aku cuba berbual dengan gadis di sebelahku. Dia buat endah tak endah. ‘Mentang-mentang ada kawan’ rungutku dalam hati. Tapi ku biarkan saja. ‘Biarlah’ bisikku lagi. Mungkin berdiam lebih baik. Telahku sendiri.Sebenarnya hari ini aku langsung tak bercadang untuk menyertai majlis ini. Kalau ikutkan hati aku nak berehat saja di rumah. Buat persiapan diri sebelum memulakan semula tugas di pejabat esok. ‘Sesekali ikut abang, takkan itu pun tak mahu. Macam mana nak jadi isteri solehah nanti’ perli Kamal tika aku menyatakan rasa malasku untuk menyertai dia.Aku tarik muncung, Kamal buat tak tahu. Sememangnya aku bukan jenis yang suka bercampur orang, aku lebih senang duduk di rumah atau paling tidak pun pergi kerja. Untuk buat aktiviti lain bersama jiran tetangga, sorryla. Aku bukan orangnya.Tapi kali ni aku yakin, aku tak boleh mengelak lagi. Dah banyak kali Kamal mengajak, selalunya aku lepas dengan alasan-alasan yang mampu meyakinkan Kamal. Tapi kali ini, mahu tak mahu. Aku terpaksa!Majlis bermula. Ku lihat Kamal tunduk penuh tawaduk di tempatnya. Sekali dia mengangkat mata, pandangan kami bertemu. Dia tunduk semula. Terasa pula hati kecilku. ‘Takkan senyum pun tak boleh’. Aku tarik muka, ermm… tariklah muka macam mana pun. Di sini siapa yang nak ambil tahu. Aku terus memujuk hati. Kerja kalau buat tak ikhlas macam ni lah. Tak boleh salah sikit. Rasa macam nak mengamuk je.“Kamal bacalah, kami yakin dengan Kamal” kata seorang pakcik berjanggut dan berserban putih. Dia mengunjuk ibu jari ke arah Kamal. “Eh, pakcik lebih arif. Saya ni apalah” kata Kamal merendah diri. Aku cuma memandang dari jauh.“Bacalah Kamal, tujuan kami jemput khas Kamal hari ni sebab nak Kamal yang baca zanji ni. Baca ya nak” kata pakcik itu lagi.Tanpa banyak soal, Kamal mengangguk. Cukup menunjukkan betapa dia sangat menghormati orang tua. Aku terdiam, tunduk sambil mengamati suaranya. Sayu, cukup syahdu. Suara Kamal meresapi setiap naluri ku. Kala itu air mata bagai mahu gugur. Aku tak sangka Kamal ku yang sedang mengalunkan zanji memuji Rasul Junjungan. Semua yang hadir dalam majlis itu turut senyap menghayati bacaannya. “Bertuah siapa yang dapat kahwin dengan dia”Aku terdengar bisik gadis di sebelahku. Dalam diam aku ucap syukur ‘Dia bakal suami ku’ bisikku sendiri. Bangga… hanya Allah Yang Maha Tahu.Selesai majlis berzanji. Kamal terus membaca doa. Seterusnya pakcik tadi mengambil alih. Aku terus memandang dia… bakal suami ku. Lelaki yang bakal menjadi naung hidupku dan bakal anak-anakku. Dia senyum tika pandangan kami bersatu. Aku tahu dia sayang padaku. Sejuk hatiku, pantas aku membalas senyumnya. “Kita balik ya, dah lewat ni” kata Kamal sebaik merapati aku di luar perkarangan masjid. Aku cuma mengangguk. Dan malam itu seperti biasa…“Jaga diri ya sayang, insya Allah esok abang jemput sayang dekat office ya” Kamal senyum.“Abang jaga diri, nur balik dulu. Assalammualaikum” “Waalaikumsalam” bisik Kamal dan perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan aku di pintu rumah. Begitulah setiap kali dia membawa aku keluar, dia akan menemani aku hingga ke pintu rumah. Akan dia pastikan aku selamat sampai barulah dia berlalu. Sungguh, selama berkawan dengan Kamal apa yang aku rasa cuma cinta yang semakin berbunga. Memang dialah lelaki yang aku cari selama ini, lelaki yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam didalam urusan sehariannya. Aku menutup daun pintu. Masa sudah lewat 10.30 malam. Aku melangkah masuk kebilik, kini gambar Kamal menggantikan jasadnya di mataku. “Ya Allah, andai cinta Kamal cinta yang mampu membawa dan memberi aku kebahagiaan di dunia dan diakhirat, kekal kan lah cinta ku ini hanya untuk dia selepas diri Mu Ya Allah. Berilah aku petunjuk dan keyakinan, lindungilah kami berdua dari godaan syaitan. Amin” bisikku sendiri. Malam itu, selepas menerima panggilan dari Kamal (ucapan sayang dari Kamal sebelum aku mengulit lenaku setiap malam) sekali lagi aku mengucap syukur pada Illahi. Sesungguhnya pertemuanku dengan Kamal merupakan satu kurniaan maha besar buatku dari Nya. kau tersenyum, ku terpakucahaya di wajahmu hanyalah untukkusinaran matamu menusuk di kalbutak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman lalu hatiku berkatasegala untukmu

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya